Covid-19_Private Dialysis Providers Able To Provide Temporary Dialysis Services For Patients Who Are PUS – Updated on 25/2/2021 

Kepada Pegawai Yang Menjaga,

Jangkitan COVID-19 di Malaysia masih menunjukkan bilangan tinggi terutamanya semasa gelombang ketiga ini. Susulan dari dialog antara pusat – pusat dialisis, KKM dan MSN kami berharap anda dapat merujuk kepada direktori ini – sekiranya ramai staff unit dialisis yang perlu kuarantin, ada unit lain yang sedia membantu bagi memastikan rawatan dialisis pesakit tidak terjejas.

Direktori ini  adalah untuk memberi informasi bagi memudahkan pihak anda mencari pusat sementara bagi pesakit-pesakit anda. Kemungkinan ada banyak lagi pusat yang tidak disenaraikan di direktori ini tetapi mungkin juga dapat membantu pihak anda. Pihak NRR akan membantu untuk memberikan maklumat terkini kepada semua pusat-pusat dialisis.

Terima kasih,

Pengurusan NRR

 

 

Pengoperasian Dan Persediaan Pusat Hemodialisis Swasta Berhadapan Dengan Pandemik COVID-19 – Updated on 2/4/2020

Kepada Pegawai Yang Menjaga,

Adalah dimaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan pandemik COVID-19 pada 11 Mac 2020. Bilangan kes jangkitan dan kematian yang disebabkan oleh COVID-19 semakin meningkat di Malaysia.

Dimaklumi pusat hemodialisis swasta (PHS) turut terkesan dengan situasi pandemic COVID-19. Sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di PHS yang melibatkan staf atau pesakit, ianya boleh menjejaskan operasi PHS dan rawatan dialisis pesakit.

Oleh yang demikian, setiap PHS hendaklah mematuhi semua perkara yang terkandung di dalam lampiran yang diberikan:

  1. Lampiran 1 – Surat Pengoperasian Hemodialisis
  2. Lampiran 2 – Surat Pengurusan Rawatan Hemodialisis
  3. Lampiran 3 – Contact Ketua Kesihatan & Ketua CKAPS Negeri

 

 

Guidelines on management of Healthcare worker potentially exposed to COVID-19 – Updated on 26/3/2020

Kepada Pegawai Yang Menjaga,

Jangkitan COVID-19 di Malaysia telah menunjukkan peningkatan terutamanya semasa gelombang kedua ini. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menambahbaik garispanduan sediaada.

Penggunaan garispanduan ini berkuatkuasa serta merta, bersama dengan ini pihak NRR membantu mengedarkan Garispanduan seperti berikut :

  1. Garis panduan COVID-19 Edisi 5 (rujuk muka surat 184-193)
  2. Management of Healthcare Worker (HCW) Potentially Exposed To COVID-19 

 

 

2nd Communication to SDP in view of COVID-19 situation – Updated on 19/03/2020

Kepada Pegawai Yang Menjaga,

Ahli Jawatankuasa Malaysian Society of Nephrology (MSN) sentiasa mengikuti dan melihat statistik harian mengenai penyebaran COVID-19 di Malaysia dan global. Oleh yang demikian, dengan rasa berat hati pihak MSN telah memutuskan untuk MENANGGUHKAN Kongres Tahunan MSN yang asalnya dijadualkan pada Jun 2020.

Merujuk mesej yang diterima daripada pakar-pakar, kita perlu memberi tumpuan untuk mengurangkan bilangan kes baru, “flattening out the curve” supaya ia kekal pada tahap di mana sistem penjagaan kesihatan boleh menampung kes. Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk memperbetulkan keadaan ini. Kami telah mempunyai kes ujian di mana pesakit positif COVID-19 dalam “stand alone” unit HD dan penghargaan perlu diberikan kepada pakar nefrologi dan pengurusan pusat berkenaan kerana mengambil tindakan dengan sangat cepat, cekap dan berkesan.

Untuk bantuan, disertakan lampiran sebagai rujukan bersama:
1. Draf tentatif KKM Garis Panduan COVID: Dialysis dan Nefrologi Unit – Lampiran 1: Annex xx Garis Panduan COVID Dialysis dan Nephrology 
2. Nombor telefon hotline Crisis Response and Preparedness Centres (CRPC) – Lampiran 2 
3. Senarai nombor telefon JKN – Lampiran 3 
4. Panduan saringan COVID-19 yang disiarkan dalam akhbar STAR, Ahad 15 Mac 2020 – Lampiran 4 
5. Slaid powerpoint dari ASN ‘s webinar baru-baru ini COVID-19 pada 11 / 3/2020. – Lampiran 5 

Sila ambil perhatian dokumen yang dihantar kepada anda masih dalam bentuk draf. Draf Garis Panduan KKM ini disediakan selepas 2 mesyuarat berlangsung dengan pihak berkepentingan dari MOH, MSN, MOE dan NGO. Pihak MSN akan mengaturkan mesyuarat maya untuk semua ahli MSN untuk bersama-sama membincangkan mengenai dokumen ini. MSN mungkin akan menggunakan platform Facebook di mana ianya telah berjaya digunakan semasa MSN Grand Round yang telah berlangsung pada 6 Mac 2020, pihak MSN akan memaklumkan apabila telah mendapat tarikh yang bersesuaian.

 

 

Communication to SDP in view of COVID 19 situation – Updated on 12/3/2020

Kepada Pegawai Yang Menjaga,

Selaras dengan situasi COVID-19, kami ingin membuat beberapa cadangan kepada pusat-pusat dialisis seperti berikut:

  1. Langkah-langkah disyorkan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID 19 di unit HDU:-

    1. Hadkan pelawat
    2. Pendidikan untuk kakitangan
    3. Paparkan notis awam (lihat contoh di Lampiran 1) untuk pesakit dan waris di kawasan masuk/pendaftaran di unit HDU
      • mereka yang memenuhi kriteria sebagai “Person-under-investigation” (PUI) hendaklah diberikan penutup mulut dan hidung (face mask) dan dirujuk untuk ujian saringan.
    4. Menyediakan bahan pencuci tangan (hand sanitizers) yang mencukupi di pintu masuk ke HDU/Klinik (atau atau jika terdapat sinki di pintu masuk unit HDU, pastikan sabun cecair untuk mencuci tangan dan tuala tangan pakai buang disediakan)
    5. Lakukan pemeriksaan haba di pintu masuk unit HDU dan klinik. Kakitangan boleh mengikut senarai semak (Lihat lampiran 2)

      Definisi Person-under-investigation” (PUI)

      • mempunyai simptom demam ≥ 38 °C, batuk, sakit tekak, sesak nafas
      • mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi – Korea, Jepun, China, Itali, Iran dalam tempoh 14 hari/ada sejarah hubungan rapat dengan individu positif COVID-19
  2. Pengurusan pesakit dialisis

    Kami ingin memberi jaminan kepada semua pihak bahawa kita sedang dalam fasa kawalan ataupun pembendungan:

    • Jika pesakit positif COVID-19 / PUI yang mengalami simptom – perlu dimasukkan ke hospital MOH yang dikenalpasti di mana unit HD disediakan. (Lihat lampiran 3)
    • Jika PUI mempunyai gejala yang ringan, pesakit perlu menjalani rawatan dialisis di dalam bilik pengasingan sementara menunggu keputusan saringan. Jika tiada bilik pengasingan, pesakit harus menjalani rawatan dialisis di dalam bilik/wad berasingan.