CADANGAN KEPADA PUSAT DIALISIS BERKENAAN DENGAN COVID-19

HOME ° CADANGAN KEPADA PUSAT DIALISIS BERKENAAN DENGAN COVID-19

 

Pengoperasian Dan Persediaan Pusat Hemodialisis Swasta Berhadapan Dengan Pandemik COVID-19 - Updated on 2/4/2020 

Kepada Pegawai Yang Menjaga,

Adalah dimaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan pandemik COVID-19 pada 11 Mac 2020. Bilangan kes jangkitan dan kematian yang disebabkan oleh COVID-19 semakin meningkat di Malaysia.

Dimaklumi pusat hemodialisis swasta (PHS) turut terkesan dengan situasi pandemic COVID-19. Sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di PHS yang melibatkan staf atau pesakit, ianya boleh menjejaskan operasi PHS dan rawatan dialisis pesakit.

Oleh yang demikian, setiap PHS hendaklah mematuhi semua perkara yang terkandung di dalam lampiran yang diberikan:

  1. Lampiran 1 - Surat Pengoperasian Hemodialisis
  2. Lampiran 2 - Surat Pengurusan Rawatan Hemodialisis
  3. Lampiran 3 - Contact Ketua Kesihatan & Ketua CKAPS Negeri

 


Guidelines on management of Healthcare worker potentially exposed to COVID-19 - Updated on 26/3/2020

Kepada Pegawai Yang Menjaga,

Jangkitan COVID-19 di Malaysia telah menunjukkan peningkatan terutamanya semasa gelombang kedua ini. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menambahbaik garispanduan sediaada.

Penggunaan garispanduan ini berkuatkuasa serta merta, bersama dengan ini pihak NRR membantu mengedarkan Garispanduan seperti berikut :
  1. Garis panduan COVID-19 Edisi 5 (rujuk muka surat 184-193)
  2. Management of Healthcare Worker (HCW) Potentially Exposed To COVID-19

 


2nd Communication to SDP in view of COVID-19 situation - Updated on 19/03/2020

Kepada Pegawai Yang Menjaga,

Ahli Jawatankuasa Malaysian Society of Nephrology (MSN) sentiasa mengikuti dan melihat statistik harian mengenai penyebaran COVID-19 di Malaysia dan global. Oleh yang demikian, dengan rasa berat hati pihak MSN telah memutuskan untuk MENANGGUHKAN Kongres Tahunan MSN yang asalnya dijadualkan pada Jun 2020.

Merujuk mesej yang diterima daripada pakar-pakar, kita perlu memberi tumpuan untuk mengurangkan bilangan kes baru, "flattening out the curve" supaya ia kekal pada tahap di mana sistem penjagaan kesihatan boleh menampung kes. Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk memperbetulkan keadaan ini. Kami telah mempunyai kes ujian di mana pesakit positif COVID-19 dalam "stand alone" unit HD dan penghargaan perlu diberikan kepada pakar nefrologi dan pengurusan pusat berkenaan kerana mengambil tindakan dengan sangat cepat, cekap dan berkesan.

Untuk bantuan, disertakan lampiran sebagai rujukan bersama:
1. Draf tentatif KKM Garis Panduan COVID: Dialysis dan Nefrologi Unit - Lampiran 1: Annex xx Garis Panduan COVID Dialysis dan Nephrology
2. Nombor telefon hotline Crisis Response and Preparedness Centres (CRPC) - Lampiran 2
3. Senarai nombor telefon JKN - Lampiran 3
4. Panduan saringan COVID-19 yang disiarkan dalam akhbar STAR, Ahad 15 Mac 2020 - Lampiran 4   
5. Slaid powerpoint dari ASN 's webinar baru-baru ini COVID-19 pada 11 / 3/2020. - Lampiran 5

Sila ambil perhatian dokumen yang dihantar kepada anda masih dalam bentuk draf. Draf Garis Panduan KKM ini disediakan selepas 2 mesyuarat berlangsung dengan pihak berkepentingan dari MOH, MSN, MOE dan NGO. Pihak MSN akan mengaturkan mesyuarat maya untuk semua ahli MSN untuk bersama-sama membincangkan mengenai dokumen ini. MSN mungkin akan menggunakan platform Facebook di mana ianya telah berjaya digunakan semasa MSN Grand Round yang telah berlangsung pada 6 Mac 2020, pihak MSN akan memaklumkan apabila telah mendapat tarikh yang bersesuaian.

 


Communication to SDP in view of COVID 19 situation - Updated on 12/3/2020

Kepada Pegawai Yang Menjaga,

Selaras dengan situasi COVID-19, kami ingin membuat beberapa cadangan kepada pusat-pusat dialisis seperti berikut:

  1. Langkah-langkah disyorkan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID 19 di unit HDU:-

    1. Hadkan pelawat
    2. Pendidikan untuk kakitangan
    3. Paparkan notis awam (lihat contoh di Lampiran 1) untuk pesakit dan waris di kawasan masuk/pendaftaran di unit HDU
      • mereka yang memenuhi kriteria sebagai "Person-under-investigation" (PUI) hendaklah diberikan penutup mulut dan hidung (face mask) dan dirujuk untuk ujian saringan.
    4. Menyediakan bahan pencuci tangan (hand sanitizers) yang mencukupi di pintu masuk ke HDU/Klinik (atau atau jika terdapat sinki di pintu masuk unit HDU, pastikan sabun cecair untuk mencuci tangan dan tuala tangan pakai buang disediakan)
    5. Lakukan pemeriksaan haba di pintu masuk unit HDU dan klinik. Kakitangan boleh mengikut senarai semak (Lihat lampiran 2)

      Definisi Person-under-investigation" (PUI)
      • mempunyai simptom demam ≥ 38 °C, batuk, sakit tekak, sesak nafas
      • mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi - Korea, Jepun, China, Itali, Iran dalam tempoh 14 hari/ada sejarah hubungan rapat dengan individu positif COVID-19

  2. Pengurusan pesakit dialisis

    Kami ingin memberi jaminan kepada semua pihak bahawa kita sedang dalam fasa kawalan ataupun pembendungan:
    • Jika pesakit positif COVID-19 / PUI yang mengalami simptom - perlu dimasukkan ke hospital MOH yang dikenalpasti di mana unit HD disediakan. (Lihat lampiran 3)
    • Jika PUI mempunyai gejala yang ringan, pesakit perlu menjalani rawatan dialisis di dalam bilik pengasingan sementara menunggu keputusan saringan. Jika tiada bilik pengasingan, pesakit harus menjalani rawatan dialisis di dalam bilik/wad berasingan.


Kesiapsiagaan jika kes semakin meningkat:
  • Sekiranya kemudahan Hospital tidak mampu menampung keperluan, PUI yang mempunyai simptom perlu dikuarantin di rumah dan harus;
    • uruskan perjalanan ke unit HDU menggunakan pengangkutan peribadi
    • memakai penutup mulut dan hidung (face mask)
    • menjalani rawatan dialisis pada shif terakhir (dikumpulkan dengan PUI lain) dengan jarak pemisah di antara pesakit sejauh 1 meter
  • Amalkan dialisis single-use
  • Menyediakan pasukan dialisis yang khusus untuk menjaga pesakit PUI
    • akan memerlukan latihan untuk penggunaan PPE (lihat video di bawah)




PERHATIAN:
Sila ambil maklum bahawa sambutan Hari Ginjal Sedunia 2020 (WKD 2020) yang akan berlangsung pada 29 Mac 2020 di Ipoh, Perak telah DITANGGUHKAN dan tarikh baru akan diumumkan kelak. Pada ketika ini, Kongres Tahunan MSN di Pusat Konvensyen Connexion, Bangsar South masih belum dipinda. Kami akan membuat hebahan jika ada maklumat yang terkini.

Terima kasih atas kerjasama dari anda.